Thursday, June 23, 2011

Puree Avacado & Khasiatnya..

Semalam Ibu watkan puree avacado tok adik..Punyela semangat Ibu..balik2 keje, terus g dapur..cayala Ibu..Chaiyok2x..

One more, 1st time Ibu beli buah avacado tuh tau..Sume coz Iman..Lagipun, Avacado nie buah yang paling bagus for 1st solid food.
Tapi lepas dah siapkan tuh, Ibu x bg pun adik makan coz, adik cam dah kenyang..susu yang lebih kat nursery tuh pun x hbs..kojer nak membuter jer adik nie..So, puree tuh alamatnyer nanti2 la adik makan..Puree tuh Ibu jadikan frozen, coz tahan lama sikit..
Lagi satu Ibu ada baca, klu nak bagi baby makan puree klu boleh jgn bagi waktu malam..coz kiter x tau baby tuh allergic @ x ngan buah tuh..yela, kang, syok2 adik makan, tibe time malam x leh nak tido lak..Kembung ker, gatal 1 badan ker @ whatever la..jenuh Ibu nanti nak berjaga..

Even rasa buah Avacado nie x braper nak sedap, tapi kebaikannyer boleh tahan gak arr power..hhee..Bukan aku yang kata x sedap ea,coz aku x rasa lagi buah tuh..so pepaham jela ea saper yg kata x sedap tuh..hehehe..
So kat bawah nie ader senarai kebaikan buah Avacado..Tapi aku rasala, bile Ibu dah baca info nie, aku gerenti..dan2 lepas nie, dia syiok kat buah nie..So layanla ea..

Senarai kebaikan avokado

Selain daripada khasiat yang dinyatakan di atas, di sini saya senaraikan 10 mengapa kita patut makan avokado, info dipetik dan diterjemahkan dari laman web

Health Diaries.com


1. Pencegahan kanser prostat

Avokado telah dibuktikan berkesan untuk menghalang pertumbuhan kanser prostat.

2. Perlindungan (mencegah) kanser mulut

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa sebatian tertentu dalam avocado dapat mencari pra-kanser dan kanser sel kanser mulut dan menghancurkan mereka tanpa merosakkan sel-sel sihat.

3. Perlindungan (mencegah) kanser payudara

Seperti minyak zaitun, avokado mengandungi asid oleik yang sangat tinggi, yang telah terbukti untuk mengelakkan kanser payudara dalam kajian banyak.

4. Baik untuk kesihatan mata

Avokado mengandungi lebih lutein karotenoid daripada buah-buahan yang lain biasa dimakan. Lutein melindungi mata daripada kemerosotan makular, katarak dan penyakit mata yang berkaitan dengan usia lanjut.

5. Menurunkan paras kolesterol

Avokado mengandungi beta-sitosterol yang tinggi, satu sebatian yang telah terbukti dapat menurunkan paras kolesterol. Dalam sebuah kajian, 45 sukarelawan mengalami penurunan paras kolesterol sebanyak 17%, selepas mereka mengambil buah avocado hanya untuk satu minggu.

6. Memelihara kesihatan jantung

Satu cawan avokado mengandungi 23% kandungan folat daripada nilai harian yang disyorkan. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil diet kaya folat mempunyai risiko yang lebih rendah daripada mendapat penyakit jantung daripada mereka yang tidak. Kandungan vitamin E, lemak tak tepu tunggal dan glutathione yang terdapat dalam buah avokado juga bermanafaat besar bagi jantung anda.

7. Mencegah strok

Kandungan folat yang tinggi dalam buah avokado juga dapat memberi perlindungan terhadap strok. Mereka yang makan diet kaya folat mempunyai risiko lebih rendah terkena strok daripada mereka yang tidak.

8. Penyerapan nutrisi lebih baik

Kajian telah mendapati bahawa nutrisi tertentu diserap lebih baik bila dimakan dengan avokado. Dalam sebuah kajian, ketika peserta makan salad yang mengandungi avokado, mereka dapat menyerap lima kali jumlah karotenoid (kumpulan nutrisi yang merangkumi lycopene dan beta karoten) daripada mereka yang tidak termasuk avokado.

9. Sumber glutathione

Avokado merupakan sumber glutathione yang sangat baik iaitu satu agen antioksidan yang penting yang menurut para penyelidik, ia penting dalam mencegah penuaan, kanser, dan penyakit jantung.

10. Sumber vitamin E

Buah avokado adalah sumber terbaik vitamin E, yang merupakan vitamin penting untuk melindungi badan terhadap banyak penyakit dan membantu menjaga kesihatan secara keseluruhan.

p/s:Even banyak khasiat buah nie, papehal refer mana2 doc @ org2 yang pakar ilmu dalam hal2 buah2 nie..Yela elak sebelum kene..Mean's..Lu pkla sendiri...hehhe..

No comments:

Post a Comment