Monday, September 28, 2009

School

28 September 2009, pagi..

Hari ni aku dah start bgn pg blk..kene g school..eee...ngantuknyer...Tp sonok g school nie, kawan rmi..heehhe...Rasanyer member2 kat school ader bwk kuih raya x ea..?heheh..tp Ibu pesan aku x blh mkn sebarangan..aku ader allergic..tp x tau aper yang aku x leh mkn...klu U all nak tau, muka aku naik bintik2 merah, kat tngan N hidung naik kudis lak...pe lg risau la Ibu N Abah aku..dah g clinic, then doc kata aku allergic..Tp ibu rasa coz aku mkn maruku udang..tp x surela..so hr ni aku kene bwk ubat g school...sedihnyer..aku dah la x suka mkn ubat..huhuhuhu...bt masa skang nie sume kuih Ibu aku x bg mkn, dah ok br leh mkn blk..mmmmmm...
Lagi 1 aku nak share ngan kwn2 sume..aku dah pandai sebut NAK..hbs sume benda, klu aku nmpk,aku ckp NAK..heheh...
Kla, that's all 4 2day..

Info - Pembacaan Awal

Pembacaan Awal Bercakap, menyanyi dan membaca boleh:

mengalakkan pertumbuhan penggunaan bahasa anak itu.
membantu bayi memahami ada hubungan bunyi perkataan dengan objek.
membolehkan anda mengeratkan hubungan dengan bayi anda.
merangsang minda bayi supaya mengenali bunyi.
merangsang minda bayi dengan melihat objek.
Bagaimana bayi menunjukkan reaksinya:

Bayi menunjukkan reaksinya dengan membeliakkan mata atau menggerakgerakkan
tangan dan kakinya. Mereka boleh memberi reaksi juga pada bunyibunyian.


Waktu yang sesuai memulakan pembacaan
Mulakan seawal yang mungkin biarpun selepas bayi dilahirkan.
Walaupun bayi anda tidak dapat melihat ia dapat mendengar dengan baik.
Cakap dan nyanyi menggunakan berbagai intonasi suara.
Bacakan cerita supaya dia dapat menumpukan pendengarannya kepada suara anda.

Bayi: 0-6 bulan

Baca berbagai cerita dan tumpukan perhatian kepada bunyi-bunyian
Nyanyi berbagai-bagai lagu kegemaran kanak-kanak dan tumpukan perhatian kepada bunyi-bunyi perkataan dan perkataan yang diulangulang.
Baca dengan kuat dan dudukkan bayi di atas peha anda.
Pilih buku yang mengandungi gambar-gambar yang mempunyai warna-warna yang terang. Corak dan warna putih dan hitam adalah pilihan yang baik untuk bayi anda.

Bayi: 6-12 bulan

Bayi anda boleh menumpukan perhatian kepada barang-barang yang berwarna terang, bentuk-bentuk dan gambar. Gerakkan tangan bayi untuk menarik perhatiannya sambil menunjuk pada gambar dan bercakap pada mereka.
Pilih buku-buku yang diperbuat daripada vinyl dan buku-buku yang berkulit tebal.
Gunakan intonasi suara ketika membaca. Bayi anda akan menunjukkan keghairahannya pada suara anda atau bunyi-bunyi yang berkesan.
Buku-buku yang mengandungi kesan bunyi dan butang-butang untuk ditekan adalah baik.
Cari buku-buku yang diperbuat daripada berbagai bahan. Pada usia ini, gunakan peluang untuk merangsang deria rasanya. Anda juga boleh memberitahunya melalui perbualan anda dengannya.

Kanak-kanak: 12-18 bulan

Anak anda sekarang dapat membuat kaitan di antara perkataan dan objek yang dilihat:


Galakkan anak anda bercakap dan mengenali objek.
Galakkan anak anda menamai bahagian-bahagian tubuhnya
Cuba tandakan barang-barang dan gambar-gambar.
Biarkan anak anda menukar-nukar muka surat buku semasa membaca.
Biarkan anak anda memilih buku yang ia sukai.
Galakkan anak anda mengambil bahagian semasa bercerita seperti membuat bunyi-bunyi haiwan dsbnya.
Ringkaskan masa membaca tetapi lakukannya dengan kerap.
Pastikan yang waktu membaca itu waktu yang menggembirakan.
Cari waktu yang sesuai untuk membaca bersama.
Kanak-kanak 18- 24 bulan:

Anak anda sudah mula memahami beberapa patah perkataan dan mereka akan mula belajar becakap.

Tunjuk kepada perkataan semasa membaca dan galakkan reaksi daripada anak ada.
Baca cerita yang disukainya berulang-ulang kali.
Simpan buku di mana saja untuk penggunaan anak anda.
Pergi ke perpustakaan sekerap yang mungkin dan cari buku-buku yang menjadi kegemarannya.
Mengapa bermain penting untuk bayi dan kanak-kanak kecil?

Bermain bukan sahaja menyeronokkan tetapi berguna untuk pendidikan anak-anak. Melalui permainan yang baik, seorang bayi boleh mempelajari tentang beberapa perkara berhubung dengan keadaan alam persekitarannya. Mereka akan mengenali diri mereka dan mengetahui apa yang mereka boleh buat dan tidak boleh lakukan.
Kebaikan bermain ialah:

Menggalakkan kebolehan berbahasa
Menggalakkan pertumbuhan minda, daya ingatan dan menggalakkan kebolehan menyelesaikan masalah.
Merangsang pertumbuhan fisikal seperti kekuatan pada tangan, kordinasi mata dan tangan, pergerakan.
Mengenali nombor
Memahami kejadian-kejadian di sekelilingnya.
Berinteraksi dan cuba berkomunikasi dengan orang-orang di
sekelilingnya.

Apa yang boleh saya lakukan?
Gantungkan permainan berwarna-warni dekat bayi
Gantungkan mainan yang berwarna putih dan hitam
Mainkan muzik kepada bayi
Cakap dan bernyanyi
Dakap, hayun dan dodoi bayi
Gantungkan gambar-gambar yang menarik di sekeliling anak
Hitung barang-barang bersama bayi
Hitung sambil menunjuk pada bahagian badan

Info - Carta Perkembangan Bayi


Carta Perkembangan Bayi

Bulan Pertama:
Bayi yang baru lahir boleh melihat bayang-bayang. Dia boleh mengecam dan tertarik kepada bunyi. Dia akan tidur sepanjang hari.


Bulan kedua:
Bayi akan menoleh ke arah bunyi dan menangis dengan nada yang berlainan untuk memberi isyarat lapar, kurang selesa atau seronok. Bayi boleh memegang benda-benda dengan sendiri dan bayi boleh juga berjaga pada waktu yang lebih lama. Dia juga boleh tidur sepanjang malam.


Bulan ketiga:
Bayi mula mengukir senyuman dan mengagah. Dia kurang menangis dan tidur lebih nyenyak pada waktu malam. Bayi pada peringkat ini biasanya boleh menegakkan kepalanya ketika meniarap.


Bulan keempat:
Bayi lebih giat dan suka bermain. Dia memilih waktu menyusu untuk bermain dan men cuba sesuatu. Pandangannya lebih tajam dan dia suka pada warna terang.


Bulan kelima:
Berat badan lahirnya dua kali ganda dan dia lebih aktif. Dengan bertambah'llya penguasaan belakang dan otot kakinya membolehkan dia mengimbang dirinya dengan sendiri dan duduk dalam masa yang agak lama. Dia mula mencapai sesuatu benda, menyelaras mata dan pergerakan tangan.


Bulan keenam:
Sekarang dia boleh duduk dengan mudah. Dia mula menunjukkan pergerakan yang akan membawa kepada merangkak. Dia juga mula menyebut beberapa bunyi.


Bulan ketujuh:
Kebanyakan bayi sekarang sudah aktif merangkak, mereka juga boleh memegang sesuatu benda atau mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi. Makan secara sendiri boleh dimulakan. Gigi mula tumbuh pda waktu ini dengan munculnya salah satu batang gigi kacip rahang bawah. Bayi mula menye.but perkataan seperti "mama" atau "dada".


Bulan kelapan:

Bayi mula berdiri, menggunakan sesuatu sebagai membantunya. Sekarang bayi anda bergerak dengan lebih baik, anda tidak harus meninggalkan benda-benda yang mungkin bahaya jika dimasukkan ke dalam mulutnya bertaburan.


Bulan kesembilan:
Sekarang kebanyakan bayi pandai merangkak. Mereka cuba berdiri dengan sendirinya dengan sokongan sebelah tangan. Mula memahami arahan ataupun perkataan mudah.


Bulan kesepuluh:

Bayi mula berjalan sekiranya kedua-dua belah tangannya dipegang. Dia menyambungkan perkataan dengan gerak-geri dan mengulangi perkataan atau bunyi berkali-kali.


Bulan kesebelas:

Seorang bayi mung kin dapat berdiri dari keadaan duduk menjelang waktu ini. Apabila berdiri dia boleh menoleh ke kiri atau ke kanan. Dia boleh duduk bertinggung untuk mengambil sesuatu benda dan mula mengawal pergerakan sudu dari tangan ke mulutnya. Sekarang dia boleh bertutur beberapa patah perkataan yang boleh difahaminya.


Bulan kedua belas:
Sekarang bayi itu bersiap sedia untuk melakukan langkah yang pertama. Kadang-kadang dia boleh berjalan digabungkan dengan gerakan lain seperti melambai atau membawa barang. Dia boleh memanjat katilnya atau kandang permainannya.

Friday, September 25, 2009

Salam Aidilfitri


Assalamualaikum...

Pagi-9.45 : Jumaat : 25/9/2009 -

Di kesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin untuk semua..(walaupun aku tau aku masih bersih dr dosa ..hehhe). Especially aku mohon maaf kat ibu N abah, atuk N nenek, tok Abah N maktok, nenek N atuk2 aku yang lain, mak2 N pak2 sedara yang lain, sepupu-sepapat N kwn2 yang kenal aku nie..May this Eid day be the brightest & best you ever had Selamat Idul Fitri 1430 H. Mohon Maaf Zahir & Batin.

Nak citerla sikit pasal raya tahun nie..klu nak ckp pasal feeling of coursela aku rasa sonok sgt..
mana x nyer..thn nie aku dah start mkn kuih raya...sdddppppp....aku suka mkn maruku..wpun gigi aku ader 2 btg jea..hiks...last year, time raya aku x tau pun ape itu erti raya..thn nie tahula gak sikit2..especially pasal duit raya N kuih raya...hehhe...

Tahun nie aku raya kat kedah dulu coz abahnyer turn raya kat Aloq Staq,Kedah..So Ibu aku nampak x semangat jea..Tp ibu niekan, walau dia nmpk x semangat nak blk KG, tp bila abah kata bile kat Kedah nanti kiter g shopping, trs dia senyum smpi ke telinga...nmpk gayanyer aku ngan abah ponekla...huhu..mana x nyer ibu klu nak beli 1 benda, kene g byk shopping mall..N then klu 1 hr x cukup nak kene more than 1 day..mano larat..slalunyer abahla jd mangsa keadaan..sian abah..
Ibu2..(ntah2 aku pun sama gak bile dah beso nnt..hehe..harap2 x arr..)

Sampai je kat rmh Mak Tok N Tok Abah, area kol 4am..ngantok giles aku..Ibu N Abah trs sahur..Nak dipendekkan citer, aku pun x taula nape aku x nak ngan sume org..sian Mak Tok N Tok Abah..yela diorng nak dukung aku, aku x nak..aku nak ngan Ibu jea..Sian Ibu x leh nak wat keje pape pun..


First time aku pki baju kurung..comel x?..heheh...Ini ibunyer kejela..sibuk suh aku pakai baju kurung..abah ikut jea...

Raya kata Aloq staq smpi raya ke-2 jea..then trs blk Kg. Gadong rumah nenek su..lgpun nenek N atok ader kat sana..smpi Gadong mlm..then esk pg2 lg dah kene bgn..nak g raya rumah nek nyang N Tok nyang belah atuk aku kat Tanjung Malim..penat la raya nie..tp sonok coz dpt duit raya..

Lepas raya kat Tanjung Malim, aku blk Nilai..coz hr Rabu Ibu N Abah dah start keje..Disebabkan nursery still ttp, Ibu N abah keje lak, so nenek N atuk yg jaga aku..Tima kasih nenek n atuk..tp aku sempat gak arr g lepak ofc ibu jap..siap aku tido lg kat ofc,bez sejukk...
Kla, rasanyer dah x der citer dah kot..yg selebihnyer tuh citer2 biase je, g jenjalan ikut Ibu N Abah g beraya..

K, cau cin..Salam..