Saturday, December 26, 2009
Lepak Time...Epal
P/S : Ainul nie x pandai mkn buah Epal..gigit2 then dia campak..dapat gigit pun jdla Ainul...hhmmmm....
Friday, December 25, 2009
Kenduri Kawen Sblh Rumah..
Byknyer pedang kat rumah Atuk...
Get ready...Pengantin nak lalu bawah pedang..
Nila pengantin nyer...Yg lelaki tuh member Ibu..satu sklh rendah dulu...
Pak Usu cover macho..Mak ngah nie subuk jerla...
Atuk bergurau senda dengan Nenek..Nenek x sihat..br balik dr klinik..Pak Ngah yg anto..Sonok tgk Atuk N Nenek time nie...
Ni gambo Ibu ngan kawan lama Ibu..Untie Ina..Mak Ngah lak ngan member satu sklh rendah dia dulu..
Gamba ngan Abah..Ibu nie suke sgt ambik gambo kami..dah x der keje lain agaknyer Ibu nie...
Monday, December 21, 2009
Jalan2 Melaka..
Hr nie nak story pasal last holiday..
Last week, Ibu N Abah cuti 3 hr..sempena Maal Hijrah..
So pe lg..Ibu N Abah bw g jenjalan la..tp kali nie we all nyer cuti ditanggung oleh Ibu...heheheh...Abah la paling bez..x yah kuar duit..heheh
Hari Jumaat..
Jumaat x g memane pun..Ibu tgh syok kemas rumah..Angin ape ntah Ibu, sibuk nak kemas rumah...So, Jumaat tuh duk membuter jela aku kat rmh...
Hari Sabtu..
Pagi2 lg aku dah bgn....Almaklumla, Ibu nak bw jln g Melaka..
So sampai kat Melaka, drop jap kat Zoo Melaka..jalan x habis pun coz hujan...
Sementara tunggu Atuk N Mak Long, niela keje aku dlm kete..muhahha...
Then, br gerak ke Umbai..We all stayed kat Chalet Kg. Sri Minyak..not bad gak arr tmpt tuh..
Sampai2..check in...then trs g cr tempat nak mkn..masing2 x mkn lg..tp masa tuh dah pkl 4 dah..so x byk kedai yg buka..last2 jumpe gak kedai yg buka..tp nasi dah sold out..so mkn mee jelaa...
Lepas mkn Abah bw jln kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung..Umbai..Syok nyer..Siap ader jambatan gantung lg tuh..
Bile sampai chalet, siap2 untuk g mkn malam lak..g mkan kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung..Aku x mkn sgt pun..x der selera..heheh..kecik2 pun dah pandai x der selera mkn..
Hari Ahad..
Siap2 check out..trs g Taming Sari...Yehhahahaa....tkt nyer...X derla tkt sgt pun..heheh
Then g mkn n cau cin cau..Tp Melaka jam gilerla...byk sgt org2 yg dtg nak melancong...Nasib baikla aku ni baik..tidur jer dlm kete..klu x confirm Ibu penat nak layan kerenah aku nie...hehehe..
Kla..goodbye Melaka..
p/s:Ibu nnt bw jln2 lg ea..
Thursday, December 17, 2009
Friday, December 11, 2009
Bile Ainul dah mula jalan
Rasa cam lama je dah x update blog nie..
Skang ni aku bz ckt..coz aku dah leh jln..heehe..sukenyer..
Ibu asyik pantau aku jer..mentang2 la aku dah leh jln..dia tkt aku g tmpt yg x spttnyer aku g..
Tp aku x la seterer mana pun jln..kdg2 klu mood aku x der, aku jln guna kepala lutut aku jer..senang ckt..Tp Ibula...Selalu marah aku klu aku guna lutut bile b'jln..huhuhu...
Klu jln pun aku still goyang lagi..Tp ok la tuh kan.. Lelama aku pandailaa..
X sabar rsnyer nak tunjuk kat Nenek N Atuk kat kg..hehhehe...
Thursday, December 3, 2009
Info - Azam mendidik anak
Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
--------------------------------------------------------------------------------
"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."
--------------------------------------------------------------------------------
KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?
Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?
Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.
Jadikan contoh
Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.
Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.
Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.
Mendisiplinkan anak
Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.
Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.
Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.
Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.
--------------------------------------------------------------------------------
Memahami anak
Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?
Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.
Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.
Pemakanan sihat
Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.
Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.
--------------------------------------------------------------------------------
"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."
--------------------------------------------------------------------------------
Aktiviti fizikal
Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.
Berkomunikasi secara efektif
Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.
Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.
Sentiasa bersedia
Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.
Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.
Umur 1thn 3bln..
Juz nak share jer...skang nie aku dah pandai ckp Allahdah lama, Abahdah lama, atuk, ayah n amik...(tp Ibu aku x pndi sebut lg..naperla susah sgt aku nak sebut perkataan Ibu tuh..padahal Ibu yg lahirkan aku..cian Ibu..Ibu jgn mare sy yer..nnt sy cuba bljar lg sebut Ibu..)hehhe...sukernyer bile dah pandai ckp skt2 nie....
Klu nak roti tuh..aku akan ckp nak..klu Ibu n Abah x nak ambik..aku akan ckp amikk,amikk..heee...
Skang nie mentang2la aku dah pandai ckp atuk..bile peluk aku nyer Doremi, asyik sebut Atuk,Atuk,Atuk...siap lentok2 kat Doremi tuh..pantang nmpk sesaper klt jln raya, aku pgl Atuk...hehehe..
Ayam aku panggil Ayah..x reti sebut ayam lg..tp aku dah pandai bunyi ayam..ork..ork..ork..heheh..
Skang nie gak aku dah pandai geleng kepala klu aku x nak sesst bender tuh..Ex..klu x nak susu dah, aku akan geleng kpl smbl bg botol susu tuh kat Ibu @ Abah..
Klu nak tido, aku akan tunjuk buai smbil sebut Nakkk..hhehehe..Pandai x..?klu nak bgn lak..aku akn b'ckp2 dlm buai..bg bantal N My soother kat sesaper yg nak ambik aku dlm buai tuh..N itulah tandanyer aku dah puas tido N bersedia utk bermain semulaaaaa..muhahaha...
Mlm td lak..aku dah blh jln 3-4 langkah..Ibu punyela hepy...yela, skang aku dah 1 thn 3 bln nak masuk 4 bln, tp x jln2 lg..tup,tup.. Ibu t'nmpak aku jln..pe lg dia punyer excited, x leh nak dibayangkan...kukikui..abah relax jer..padahal abah nampak dulu aku jln..muhahha...klu dah perempuan, cam tu la perangaikan..kecoh sekampung..