Saturday, December 26, 2009

Lepak Time...Epal





P/S : Ainul nie x pandai mkn buah Epal..gigit2 then dia campak..dapat gigit pun jdla Ainul...hhmmmm....

Friday, December 25, 2009

Kenduri Kawen Sblh Rumah..


Byknyer pedang kat rumah Atuk...

Atukkkk...!!!!

Get ready...Pengantin nak lalu bawah pedang..

Nila pengantin nyer...Yg lelaki tuh member Ibu..satu sklh rendah dulu...

Pak Usu cover macho..Mak ngah nie subuk jerla...

Atuk bergurau senda dengan Nenek..Nenek x sihat..br balik dr klinik..Pak Ngah yg anto..Sonok tgk Atuk N Nenek time nie...

Ni gambo Ibu ngan kawan lama Ibu..Untie Ina..Mak Ngah lak ngan member satu sklh rendah dia dulu..

Abah n Ibu...

Alya...

Gamba ngan Abah..Ibu nie suke sgt ambik gambo kami..dah x der keje lain agaknyer Ibu nie...

Monday, December 21, 2009

Jalan2 Melaka..

Pagi - 21hb Dis 2009

Hr nie nak story pasal last holiday..

Last week, Ibu N Abah cuti 3 hr..sempena Maal Hijrah..
So pe lg..Ibu N Abah bw g jenjalan la..tp kali nie we all nyer cuti ditanggung oleh Ibu...heheheh...Abah la paling bez..x yah kuar duit..heheh

Hari Jumaat..

Jumaat x g memane pun..Ibu tgh syok kemas rumah..Angin ape ntah Ibu, sibuk nak kemas rumah...So, Jumaat tuh duk membuter jela aku kat rmh...

Hari Sabtu..

Pagi2 lg aku dah bgn....Almaklumla, Ibu nak bw jln g Melaka..
So sampai kat Melaka, drop jap kat Zoo Melaka..jalan x habis pun coz hujan...



Sementara tunggu Atuk N Mak Long, niela keje aku dlm kete..muhahha...


Then, br gerak ke Umbai..We all stayed kat Chalet Kg. Sri Minyak..not bad gak arr tmpt tuh..


Sampai2..check in...then trs g cr tempat nak mkn..masing2 x mkn lg..tp masa tuh dah pkl 4 dah..so x byk kedai yg buka..last2 jumpe gak kedai yg buka..tp nasi dah sold out..so mkn mee jelaa...

Lepas mkn Abah bw jln kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung..Umbai..Syok nyer..Siap ader jambatan gantung lg tuh..



Bile sampai chalet, siap2 untuk g mkn malam lak..g mkan kat Perkampungan Ikan Bakar Terapung..Aku x mkn sgt pun..x der selera..heheh..kecik2 pun dah pandai x der selera mkn..

Hari Ahad..

Siap2 check out..trs g Taming Sari...Yehhahahaa....tkt nyer...X derla tkt sgt pun..heheh


Then g mkn n cau cin cau..Tp Melaka jam gilerla...byk sgt org2 yg dtg nak melancong...Nasib baikla aku ni baik..tidur jer dlm kete..klu x confirm Ibu penat nak layan kerenah aku nie...hehehe..

Kla..goodbye Melaka..

p/s:Ibu nnt bw jln2 lg ea..

Thursday, December 17, 2009

Bila Ainul dah mula jalan ..versi 2





Atuk..Nenek...tgk saya dah leh jalan..hehhehe...syoknyer..

Friday, December 11, 2009

Bile Ainul dah mula jalan

Lunch time - 11/12/2009

Rasa cam lama je dah x update blog nie..

Skang ni aku bz ckt..coz aku dah leh jln..heehe..sukenyer..

Ibu asyik pantau aku jer..mentang2 la aku dah leh jln..dia tkt aku g tmpt yg x spttnyer aku g..

Tp aku x la seterer mana pun jln..kdg2 klu mood aku x der, aku jln guna kepala lutut aku jer..senang ckt..Tp Ibula...Selalu marah aku klu aku guna lutut bile b'jln..huhuhu...

Klu jln pun aku still goyang lagi..Tp ok la tuh kan.. Lelama aku pandailaa..

X sabar rsnyer nak tunjuk kat Nenek N Atuk kat kg..hehhehe...

Thursday, December 3, 2009

Info - Azam mendidik anak

Azam mendidik anak

Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?


--------------------------------------------------------------------------------

"BELAJARLAH memahami setiap tindakan anak kerana dengan cara inilah anda menggalakkan komunikasi yang lebih baik."

--------------------------------------------------------------------------------

KITA sering mendengar resolusi tahun baru kebanyakan orang adalah untuk berhenti merokok, lebihkan senaman atau mengubah tabiat pemakanan. Apa kata tahun ini anda mencari resolusi baru untuk menjadi ibu bapa yang lebih efektif?

Mungkinkah terdapat teknik mendidik anak yang perlu anda tukar? Ataupun terdapat tabiat anak anda yang perlu diubah?

Berikut adalah sesetengah resolusi mendidik anak yang mungkin boleh dipertimbangkan.

Jadikan contoh

Kebanyakan ibu bapa tidak sedar akan pengaruh mereka terhadap anak-anak.

Anak biasanya cenderung terpengaruh dengan tabiat merokok, pengamalan diet yang tidak sihat, tidak memakai topi keledar dan sebagainya jika salah seorang daripada ibu bapa mempunyai tabiat buruk.

Ibu bapa perlu menjadi model yang baik sama ada dari segi tingkah laku mahupun kaedah pengurusan emosi.

Mendisiplinkan anak

Belajar mendisiplinkan anak secara efektif amat mustahak. Mendidik mereka kaedah bertindak balas dan mengurangkan tingkah laku yang buruk adalah salah satu contohnya.

Disiplin dan hukuman bukan perkara yang sama. Jika anda berdepan dengan masalah mendisiplinkan anak, maka jangan segan mendapatkan bantuan. Setiap kanak-kanak adalah berbeza. Teknik didikan tertentu tidak semestinya boleh diaplikasikan untuk semua anak.

Didikan adalah sebahagian besar daripada disiplin. Jika anak melenting, mengehadkannya daripada menikmati pelbagai keistimewaan mungkin satu tindakan yang wajar.

Tetapi, si anak tidak mungkin belajar atau tahu apa yang betul sehinggalah anda menunjukkan kepadanya. Luangkan masa untuk menerangkan perilaku yang betul kepada anak.

--------------------------------------------------------------------------------

Memahami anak

Adakah anda memahami perkara yang dilakukan oleh anak? Mengapa anak kecil memandang anda dan sejurus selepas itu memukul abangnya atau melontarkan sesuatu ke atas lantai? Tidakkah dia tahu itu sesuatu yang salah?

Dia mungkin tahu tetapi tidak bermakna apa yang dilakukan itu jahat. Sebaliknya, kebanyakan kanak-kanak berada dalam kedudukan menerokai had mereka. Inilah satu proses normal dan merupakan sebahagian daripada perkembangan semula jadi. Jika anda berusaha memahami rasional anak, boleh jadi kemarahan dan reaksi anda tidaklah seteruk yang disangkakan.

Sebahagian besar ibu bapa telah mengukuhkan perilaku buruk anak tanpa disedari. Keadaan ini boleh berlaku apabila anak disalurkan dengan pelbagai perhatian negatif dan tidak konsisten. Sekiranya anda masih tidak dapat memahami mengapa anak bertindak sedemikian, maka ini mungkin bermakna teknik mendisiplinkan anak anda itu tidak berkesan.

Pemakanan sihat

Dewasa ini kebanyakan ibu bapa dilihat cenderung memanjakan anak. Malah, mereka juga terlupa meminta anak membasuh pinggan mangkuk setiap kali selepas makan. Sepatutnya, anak perlu belajar menghabiskan makanan agar tidak meninggalkan separuh daripada sajian tersebut di dalam pinggan.

Jika anda sentiasa membiarkan lebihan makanan berada dalam pinggan secara konsisten, tabiat ini akan terbawa-bawa sehingga ke alam dewasa. Untuk menyelesaikan masalah ini, anda mungkin boleh memberikan hidangan kecil kepada anak bagi melatihnya menghabiskan semua makanan. Sediakan juga pilihan makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayuran, daging dan produk tenusu rendah lemak. Hadkan pengambilan minuman bersoda, tinggi gula dan makanan kaya lemak dalam diet pemakanan anak anda.

--------------------------------------------------------------------------------

"GALAKKAN anak aktif dalam aktiviti fizikal bagi mengelakkan risiko menjadi obes."

--------------------------------------------------------------------------------

Aktiviti fizikal

Bilangan kanak-kanak dan anak remaja yang obes kian bertambah. Menghabiskan masa berjam-jam di depan televisyen, bermain permainan video dan komputer adalah antara puncanya. Jadi, selain pengamalan diet yang seimbang, pastikan anak diberi masa untuk melakukan aktiviti-aktiviti fizikal secara kerap untuk kekal sihat dan cergas.

Berkomunikasi secara efektif

Adakah anda tahu bagaimana berinteraksi dengan anak? Apakah yang akan anda lakukan apabila anak bermasalah? Belajar berkomunikasi dengan anak jelas merupakan satu kemahiran penting.

Sebenarnya terdapat banyak perkara yang boleh dibincangkan bersama anak. Misalnya, pendidikan seks, bahaya merokok dan penyalahgunaan dadah serta alkohol.

Sentiasa bersedia

Apakah yang akan anda lakukan pada kali pertama berdepan dengan masalah didikan anak yang spesifik? Misalnya, ketika anak bercakap bohong, mencuri atau ponteng sekolah? Anda mungkin tidak bersedia untuk setiap situasi tetapi perancangan awal mungkin dapat membantu.

Membuat perancangan awal juga boleh membantu anda berdepan dengan anak-anak yang sukar dikawal.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://pediatrics. about.com.

Umur 1thn 3bln..

Petang-3/12/2009

Juz nak share jer...skang nie aku dah pandai ckp Allahdah lama, Abahdah lama, atuk, ayah n amik...(tp Ibu aku x pndi sebut lg..naperla susah sgt aku nak sebut perkataan Ibu tuh..padahal Ibu yg lahirkan aku..cian Ibu..Ibu jgn mare sy yer..nnt sy cuba bljar lg sebut Ibu..)hehhe...sukernyer bile dah pandai ckp skt2 nie....

Klu nak roti tuh..aku akan ckp nak..klu Ibu n Abah x nak ambik..aku akan ckp amikk,amikk..heee...

Skang nie mentang2la aku dah pandai ckp atuk..bile peluk aku nyer Doremi, asyik sebut Atuk,Atuk,Atuk...siap lentok2 kat Doremi tuh..pantang nmpk sesaper klt jln raya, aku pgl Atuk...hehehe..

Ayam aku panggil Ayah..x reti sebut ayam lg..tp aku dah pandai bunyi ayam..ork..ork..ork..heheh..

Skang nie gak aku dah pandai geleng kepala klu aku x nak sesst bender tuh..Ex..klu x nak susu dah, aku akan geleng kpl smbl bg botol susu tuh kat Ibu @ Abah..

Klu nak tido, aku akan tunjuk buai smbil sebut Nakkk..hhehehe..Pandai x..?klu nak bgn lak..aku akn b'ckp2 dlm buai..bg bantal N My soother kat sesaper yg nak ambik aku dlm buai tuh..N itulah tandanyer aku dah puas tido N bersedia utk bermain semulaaaaa..muhahaha...

Mlm td lak..aku dah blh jln 3-4 langkah..Ibu punyela hepy...yela, skang aku dah 1 thn 3 bln nak masuk 4 bln, tp x jln2 lg..tup,tup.. Ibu t'nmpak aku jln..pe lg dia punyer excited, x leh nak dibayangkan...kukikui..abah relax jer..padahal abah nampak dulu aku jln..muhahha...klu dah perempuan, cam tu la perangaikan..kecoh sekampung..

Wednesday, November 25, 2009

Pesanan Ibu N Abah...Versi 3

Pesanan Ibu N Abah untuk Ainul..

Ciri-ciri seorang sahabat yang baik

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;

Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Tuesday, November 24, 2009

Pesanan Ibu N Abah...Versi 2

Pesanan Ibu N Abah untuk Ainul..

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI


SUATU PERJALANAN

“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...

“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.

SILAP ISTERI

Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:


“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”

Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu
yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”


Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.

YANG LEBIH, YANG KURANG

“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.

“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.

“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.

ENGKAU TERBAIK UNTUKKU

“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”

Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.

Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.

Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”

Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.

Pesanan Ibu N Abah...Versi 1

"Pesanan Untuk Ainul Dari Ibu N Abah.."


Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.
Dalam wasiat itu, Umamah berkata: "Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk".

Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Wednesday, November 18, 2009

Cara Ainul Sikat Rambut

Petang - Time Hujan renyai2 kat Kg..









"Ibu, lepas nie Ibu x yahla susah2 sikat rambut saya lg ea..saya dah pandai sikat sdri.."hehehheh...

Monday, November 16, 2009

My Cousin..Alya

Comei x kami ber2 nie..Ni my cousin..Nur Alya Damia..Tomeikan die..Ibu kata, Ibu suka sgt tgk gamba2 nie..Ibu sk tgk gelagat kami..






Haaa..Tp part ni Ibu x suka tgk..Alya ni suka sangat tarik rambut aku..Aku pun x taula naper..tp rmi yg kata sbb Alya geram kat rambut aku..Almaklumla Alya nie x der rambut..tgk rambut dia, kontot jea..hheheh...






Yg aku ni plak, pantang klu Alya ni tarik rambut aku..aku mst nak bls..x dpt tarik rambut, bg penampar pun jd la..muhahaha...


Nak tau x..Ibu dapat aduan dr Nursery..Dioarang kata aku ni garang..suka tampar n cubit budak kat Nursery...Naik habis bdk2 kat Nursery tuh takut ngan aku yg duk satu bilik ngan aku jela...Tapi aku ikut perangai saper ea..?Setau aku Ibu n Abah cam lembut jea..Tp ye ker lembut..?????Ntahlerrrr....

Aktiviti time Lapang..



Gambo2 nie antara aktiviti2 aku kat rmh....tp time Ibu n Abah x layan aku jela..

"Ainul..Ainul...Penatla Ibu mengemas..Nasib baikla rmh kiter ni x besar.."....

Batuk..Ohhh..Batukk...

Pagi-16/11/2009...Mendung jea time nie..

Pagi td aku muntah2..Biasala..klu batuk jea mst aku muntah..ni masuk 2 mlm dah..pagi je muntah..Habis bantal n tilam..Cam nela nak elak batuk nie..Lately nie slalu plak aku batuk...Batukk..Ohhhh...Batukk...Ko pg la jauh2..aku x nak la ko ader kat aku..Aku x suka batuk...Di sebabkan kaula aku kene mkn ubat batuk...Uhhuhuuhu...

Cian kat Ibu terpaksa bersengkang mata nak jaga aku..Almaklumlah..Ibu risau bile aku batuk..Coz klu aku batuk teruk sgt, confirm kuar muntah...

Abah bezla..Abah cuti hr nie..MC..Abah leh tido puas2 na..Nak tau x sebab aper Abah..MC..Jeng..Jeng..Jeng...Mata sebelah kanan Abah x leh bukak *penuh ngan taik mata..Ehhhe..Sakit mata la..pe lg..

Aku doa sangat jauhkan kene penyakit tuh..Bukan per..Nanti cian kat nenek kene dtg jaga aku..Yela, cuti Ibu n Abah dah tinggal nyawa2 ikan...

Boringla..nenek ngan atuk dah balik pagi td..dah la x dpt jumpe atuk n nenek b4 balik..Ibu x nak kejutkan aku..Coz Ibu cian kat aku..aku baru nak lelap..yela mlm td x leh nak tido..manjang batuk jea...

Saturday, November 7, 2009

Lepak kat Bistro Al Salam


Di suatu petang yg mem'boring'kan..x tau nak wat per...So we all ber3 gla lepak2 kat Bistro Al-Salam, Kota Seriemas...


Ni antara menu yg diorder oleh Ibu N Abah..Mee Goreng, Frunch Fries, Roti canai, Milo Suam N Teh Tarik..Total RM 11.00..saje je Ibu amik gambo bil nie..Ibu kata..klu dh besar nnt, try comparekan harga time tuh ngan skang..Bgs gak idea tu ea..


My favourite food..Mmmmmm bezzzzz...


Abah slalu order roti canai..So pe lg aku tumpang sekakilaaa...


Pic nie menunujukkan time aku bersuka ria dah nak tahap sifar..
So Ibu n Abah...X reti2 ker buat pe yg ptt..muhahaha..


Gambo suker-suker..Nampak tembam la Abah nie...Ibu yg kata la...


Tgkla nie..Abah x der keje..Boleh Abah mskkan aku dlm bonet keter nie...ISh2x..x patutla Abah nie...TOOOLOOONGGG!!!!!Saya nak keluaq la Abahhhh...

Bile aku jatuh, kuar darah...

Lunch Time..Tp aku tgh b'Zzzzzz skang..hehhe...

Nak tau x..mlm td..tgh aku syok2 main..dpt lak msk lam blk fav aku..suke btl hati aku..Ibu tgh layan dianyer PC..Abah lak time tuh tgh mandi..so x der sape yg layan aku.. aku pun watla keje aku sdri..

Tb2..aku menjerit ngan sekuat hati..pueh hati den menjerit..smpi Ibu terperanjatlaa..Bile Ibu tgk jer, berderau darah dia..mana taknyer..aku jatuh tersembam kat lantai..n depan aku ader setompok darah..byk gak arrr darah..

Rupenyer aku terjatuh..Pe lg..Ibu angkat aku...darah punyela byk..Allah saje yg tau perasaan Ibu time tuh.."Sayang Ibu kat sykan.."Ibu trs pgl Abah..

Aku melalak2laa...Sakit woooooo......Ibu n Abah dah risau dah..Darah x henti2 keluar..Ibu risau gigi patah jea...Tp Alhamdulillah x patah..juz bibir aku pecah..habis baju aku kene darah...klu x kuar darah, bkn aksi stuntla..

X der picla nak attach..almaklumlah..tgh kabut2..mana t'pk Ibu N Abah nak ambik pic stunt cium lantai aku tu...kuikuiui....

Wednesday, November 4, 2009

Demam Chickenpox...

Tgh lepak2 ngan Ibu N Abah...

Juz nak share jeala..ni gambo time aku kene chickenpox...teruk kan..bile tgk gambo ni, nak t'gelak ader..cian pun ader..teruk gak aku kene..habis 1 badan..tompok2..sampaikan doc kata.."Ish teruk anak awak kene nie"..time nie cian abah n ibu..t'paksa gilir2 jaga aku..2 minggu gakla aku lepak kat rmh..smpikan t'paksa import nenek dtg Nilai...hehehe...

Time niela gak gigi aku tumbuh 2 btg..yg gigi ni pun satu,time nila plak nak tumbuhnyer...pe lg, meragam x igt duniala..ngan gigi nak tumbuh,ngan gatal 1 badan..Allah jela yg tau..nasib baik aku x leh ckp..klu x aku dah jerit "Buuuu, olongla..atai niee...long ayuuuu.."


Comei x..


Asyik kene flash kemera jea...


Gambo ngan My Dinosour...

Lempeng..

Hari ni on the way nak g school, aku termuntah plak..batuk punyer batuk sampai termuntah aku..nasib baikla Ibu sempat tadah akunyer muntah..klu x, confirm baju Ibu bau muntah aku.kuikui..Aku slalu cam gitu..batuk muntah, demam pun muntah..klu batuk muntah maybe kahak dia kuar kan..tp klu demam pun muntah..?saper nak jwb..Tp maybe panas dalam..tu sbb muntah..agaknyerla...blh pakai ker akunyer teori nie..Abah..Tolong jawab sat..

Petang semalam Ibu buatkan lempeng utk Abah..Abah sibuk sgt nak mkn lempeng..Tp Ibu x pnh buat pun lempeng..Pe lg, Ibu tanya yg pakarla cam ne nak buat(Maklong)..Juz 2ble confirmkan jea..Maklong bile dengar pasal lempeng, tergelak besar..Apela Ibu nie..Lempeng pun x reti nak wat..Bez kan lempeng tuh..Abah bg aku mkn lempeng ngan madu.."Ibu, nanti leh wat lg ea..yummyummyummm"heheheh....Abah ader amik gambo lempeng yg Ibu wat, tp Ibu x nak attachkan dlm blog nie..Ibu kata dia malu...Piiiraaahhh Ibuu...Malu konon...

Tuesday, November 3, 2009

Criter Pasal Makngah

Ader 1 story yg aku nak citer..citer yg sedih n memeranjatkan kami sumer..
Pasal Makngah..Last Saturday Makngah accident..Alhamdulillah Makngah x der pape..Juz sakit2 badan jea..tp keter teruk gak arr...
Makngah kene time nak g keje..Time tuh hujan renyai2..Maybe coz jln tuh licin, Makngah terbabas langgar divider..kete Makngah berpusing sampai 3 kalila..Ingat nak letak gambonyer..Tp PakSu nie ntah aper2 ntah..dia terdelete plak gambo2 tuh..PakSu je plak yg ambik gambo2 tuh..So, nmpk gayanyer x dptla aku nak attachkan gambo2 tuh..
Time tuh Aku sekeluarga blk kg kat Lui Timur, so x dpt nak tgk Makngah time tuh..Buat Makngah byk2 bersabar ea..jgn trauma lama2..nnt susah Bb Alya nak g rmh pengasuh N abg Arif nak g school plak..hehheh...

Monday, November 2, 2009

Makan sampai tertido...


Ya Allahhhh...Malunyer tgk gambo2 nie...Abah N Ibu nie x der keje dah ea..suke ambik gamba sy yg ntah aper2 ntah nie..tp yg aku nie pun satu..cam ne plak aku leh jd sampai cam ni skali nie..gambo ni ibu ngan Abah ambik time on the way nak balik kampung kat Lui Timur..ader gak org yg cam nie ea..mkn sampai tertido...ADAKAH AKU SEPERTI INI..?OOOOHHHHH TTIIIDAAAAAAKKKKKK!!!!!!!!Ibu kata, dah 2X aku cam nie..mkn sampai tertido...ish2xxxxxx......Malunyerrrrr...